PAKCIK, Bayarannya Berapa?

Asalamualaikum. BERSAMA saya Riyad! #Clap Clap Clap. Ok, hari ni saya nak menceritakan tentang Pakcik teksi kena serang. Ok ! :3

   Pada suatu hari, adalah sorang pakcik ni bawa teksi dalam pukul 11:30pm. Masa tu dia dah on the way nak balik ke rumah untuk bertemu dengan isteri kesayangannya. Walaupun dah lama berkahwinkan, tapi dia still takde anak. Yeah, maybe mandol? Ok forget about it. Ok then waktu on the way tu, adalah 1 traffik light ni, dia berhentilah kan sebab lampu merah tapi lampu merah tu sampai 4 minit tak tukar tukar hijau. Dia pun dah mengantuk dia pun malas nak langgar lampu merah sebab situ ada CCTV. Tengah tunggu tu, adalah 2 anak beranak ni datang dekat dia terus masuk dalam teksi pakcik ni. Terkejut pakcik tu jugak. Lepas tu dia cakap " Saya nak pergi ke Hospital, anak saya kemalangan ". Pakcik tu pun kata, alamak kesiannya, dia pun terus langgar lampu merah tu. Tengah bawak tu, dia pun nampaklah 1 hospital sebesar besar alam. Terdetik dalam hatinya, "Bila masa wujudnya hospital ni?", tetapi dia dah terdesak sebab anak wanita tersebut dah nyawa nyawa ikan. Tetapi wajah anaknya asyik tertutup je. Tiba tiba, ada 1 panggilan daripada kawan sekerjanya, dia kata "Dekat mana kau?", jadi pakcik tu jawablah "Dekat Hospital Lalau Banjing". Kawannya tersentak! Kawannya kata "Kau buad apa dekat situ?", pakcik tu menjawab "ada 2 anak beranak ni accident, aku tolonglah", kawannya kata "Astarghfirullah hal'azim, baik kau pergi daripada situ kerana mereka ber-2 bukan manusia, disini ada 1 kemalangan 2 anak beranak mati digilis lori." Pakcik tu sepantas kilat lari ke arah teksinya, tiba tiba 2 anak beranak tu kejar pakcik tersebut. Rupa rupanya, muka budak tadi tu dah penuh dengan ulat ulat. Wanita itu kejar sambil jerit "PAKCIK BERAPA BAYARANNYA?" Pakcik tu kata "Tak payah bayar, jangan kacau aku" Kemudian wanita tersebut mencelah ditepi tingkap pakcik tu "PAKCIK BERAPA BAYARANNYA?" lalu pakcik tu berkata lagi "TAK PERLU BAYAR!" kemudian daripada depan pula wanita itu datang "BERAPA BAYARANNYAAAA!!" kemudian.... Pakcik tersebut tersedar daripada mimpinya, rupanya pakcik tu dalam koma. -.- OMGosh, kesian pakcik tu ye. :3 Ok byebye! ^_^

No comments:

Post a Comment