Maaf .


Bismillahhirrahmannirrahim , Assalamualaikum . Hai semua . Hari ni hari Rabu , hari pertabalan agung yang ke 14 . Hari ni cuti dan hari ni hari yang sangat membosankan . Haaa ini yang aku nampak dekat Facebook and Twitter . Masing masing nak mengeluh hari ni bosan . Daripada kita mengeluh , kan lebih baik kita berzikir , berselawat , baca al-Quran , buad solat hajat , berdoa kepada-Nya . Kan lebih baik ? Okay tujuan Farah update blog hari ni is untuk kongsikan pengalaman and insyaAllah boleh dibuad iktibar untuk diri sendiri .

Tahun lepas kehidupan Farah dipenuhi dengan dosa dosa yang besar . Tapi Farah tak sedar salah and silap Farah tu . Farah lalai dengan maksiat maksiat . Sampai pelajaran pon merosot . Semangat untuk meneruskan hidup hilang macam tu je . Semangat untuk belajar pon hilang macam tu je . Yang Farah tau , Farah happy happy happy and happy 24 jam . Tahu kenapa Farah jadi macam ni ? Sebab Farah tengah dalam mood cinta . Farah terlalai dengan cinta monyet Farah . Bukan kekal lama pon cinta monyet Farah tu . Bila dah putus , Farah frust mula lah dengan 'gores dan menang' di tangan sehingga hampir meragut nyawa . Haaaa ni jangan ikut , tolong laaa . 

Tapi lepas dah putus dengan pasangan cinta monyet Farah tu , Farah pon decide untuk cari lelaki yang boleh hilangkan frust Farah , yang boleh buad Farah ketawa kembali . Tapi Farah tak fikir panjang . Farah terima seorang lelaki yang sebelum ni hanya kawan . Bukan kawan baik pon . Farah couple dengan dia , dan Farah ingat dia boleh buad Farah ketawa rupanya tak . Farah pon decide untuk mintak putus dengan dia , and cuba teka apa yang Farah dah lepaskan ? Farah dah lepaskan seorang lelaki yang betul betul cintakan Farah and sayangkan Farah . Hilang macam tu je . Farah buad dia menangis sampai dia demam tak keluar rumah berhari hari . Farah dah mintak maaf apa semua . Sekali satu hari tu kawan kawan Farah ajak Farah keluar pergi IOI tengok wayang . And lelaki yang Farah kecewakan ni pun ada sekali . Bayangkanlah macam mana Farah nak hadap muka dia dengan diri penuh rasa serbasalah . Ya Allah , masa tu Farah mohon pada Allah supaya kuatkan semangat Farah . Dah tengok wayang apa semua , Farah and semua kawan Farah pergilah tempat game . Ingat nak nyanyi terpekik sana sini kan . Dapat release tension sikit . And again lelaki yang Farah kecewakan ni ada lagi . Jumpa lagi dia , ajak pulak tu dia nyanyi sekali . Farah duduk sebelah dia . And Farah mulalah fikir untuk hilangkan rasa serbasalah rasanya Farah patut couple dengan dia balik . And yes Farah couple dengan dia balik . Couple dengan niat hanya untuk membetulkan kesilapan . And again hubungan ni tak berpanjangan . Hanya kekal dalam 2 hari je . Haihhhh . So Farah teruskan hidup menyingle sampai lah bulan 3 tahun 2012 macam tu .

And tahun 2012 , macam post yang lepas , Farah mengaku perasaan sayang pada pasangan cinta monyet Farah still ta boleh dilupakan . Haaa betapa sayangnya Farah dekat si pasangan cinta monyet ni . Sampai sekarang , hari ni , jam ni , minit ni , saat ni Farah still sayang kan dia . Tapi ! Farah dah sedar , and Farah hanya sayang dia sebagai orang yang pernah buad Farah happy . Farah hargai dia as orang yang pernah hadir and lekat di hati Farah . Alhamdulillah :) 

Tapi hubungan Farah dengan Farah kecewakan tadi tu makin lama makin rapat lepas chat dekat Facebook . Then tiba tiba timbulnya rasa suka dan sayang . Lelaki yang Farah kecewakan ni pon dengan seiklas hati dia , dan sejujurnya menyatakan bahawa dia masih sayangkan Farah . Dan dengan beberapa hari hubungan Farah dan dia rapat , Farah pon mulakan hubungan yang lebih dari kawan dengan dia . Farah happy , tiada air tangisan yang keluar daripada mata . Alhamdulillah , terima kasih pada Allah kerana bukakan pintu hati saya untuk terima dia seadanya . Tapi hari ni , mulalah pergaduhan . Mulalah rasa marah , benci , sayang semua tu hilang dengan sekelip mata . Angkara ego yang teramat , Farah amik keputusan untuk putuskan hubungan Farah . Tanpa ada rasa kesal , Farah rasa Farah bahagia dengan tiba tiba . And tanpa Farah sedar , Farah lagi sekali dah buad hati orang yang Farah pernah kecewakan dulu again terluka . Lepas beberapa jam , baru Farah sedar lagi sekali Farah dah buad kesilapan yang besar . Tapi dengan tindakan ni jugak Farah sedar yang semua orang berhak rasa dirinya dihargai . 

Jadi Farah amik keputusan untuk minta maaf dekat kawan kawan Farah . Mintak maaf dekat geng geng skype Farah . Farah mintak maaf dekat kawan kawan sekolah rendah Farah . Farah mintak maaf dekat kawan kawan Facebook Farah . Farah mintak maaf dekat kawan kawan Twitter Farah . Farah mintak maaf dekat keluarga Farah . And dah tentu , Farah mintak maaf kepada-Nya . Jadi tolong maafkan Farah . Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment