Satu muka yang berbeza .


Bismillahhirrahmanirrahim , Assalamualaikum dan Hai semua . Harap semua sihat , cekal dan tabah :) So semalam Farah tak pergi sekolah and hari ni pergi . Kenapa ta pergi ? Hahahha ponteng biasa lah . Eh bukan ada cerita sebaliknya , tapi itu hal peribadi *mungkin  Banyak yang berlaku semalam , kawan baik dan kawan baik bergaduh tapi terima kasih kepada Allah sebab hari ni dah berbaik semula . Kawan baik bergaduh dengan kawan baik tak mungkin lama kecuali kalau sesuata perkara yang kita gaduhkan tu betul betul menyakitkan dan ta dapat nak lupakan . Senang cerita benda tu buad hidup kita tak tenang dan tak tenteram . Okay tapi Farah hari ni bukan nak cerita pasal gaduh gaduh , sebab itu bukan perkara yang wajib pon .

So hari ni Farah nak cerita pasal 'Satu muka yang berbeza' . Maksudnya macam dekat tempat sini dia seorang yang baik , tapi dekat tempat lain perangainya jauh beza . Sorry to sapa sapa yang Farah rasa Farah ni talam dua muka . Dekat blog nampak baik , and mungkin dekat luar korang nampak diri Farah yang berbeza . Farah bukan nak tunjuk baik atau apa pun , tapi Farah sekarang cuba untuk berubah menjadi seorang baik , seorang yang semua orang suka , seorang yang disenangi orang , seorang yang semua orang nak bergaul . Farah susun 20 jari iaitu 10 jari tangan dan 10 jari kaki nak mintak maaf dekat sesiapa yang rasa Farah ni hipokrit , annoying . Maafkan Farah lah .

Bukan semua orang suka dekat kita . Bukan semua orang puas hati dekat kita . Kita as manusia biasa yang ada perasaan dan akal pon tau bukan senang untuk memuaskan hati orang . Zaman sekarang ni lagi susah dengan banyak laman sosial nya , dengan orang memfitnahnya , dengan orang mereka ceritanya . Astargfirullahhalazim . Ye memang betul kita ta sempurna , tapi kita boleh usaha . And now Farah usaha untuk jadi seorang yang sempurna . Maybe sesetengah orang tak nampak . Tapi maybe sesetengah orang perasan . Memang dekat luar Farah ni seorang yang nampak macam jahat , nakal tapi dalam hati mungkin ada taman . Hhahahaha mungkin okay . Siapa tahu kan hati orang ? 

Secara jujur , Farah dekat luar memang seorang yang sangat ceria , kuat menjerit , cakap pon menjerit , tak pandai nak cakap slow slow , maybe seorang yang berlagak bongkak sombong , pemalas , suka bergurau berlebihan , kuat menganjing memantol , suka bergaul dengan lelaki , gedik mengada ngada , kuat memaki . Cubalah bagitau Farah siapa yang tak macam ni . Kalau ada pon mesti 4 ke 5 orang macam tu . Tak ramai kan ? Percaya atau tak , bila korang fikir fikir kan balik , setiap tempat yang korang pergi , personaliti , peribadi kita akan jadi lain . 

Mungkin dekat rumah , kita manja dengan mak and ayah atau seorang yang kuat melawan atau rajin buad kerja rumah atau lebih sikap mesra , and maybe jugak dekat sekolah kita seorang yang pendiam , tak ramai kawan , pemalu , and mungkin jugak bila kita jalan jalan , kita seorang yang periang , seorang yang tak amik kesah hal orang . Semuanya lain . Fikir fikir kan lah balik . Maybe kita ta perasan , tapi orang lain perasan kan  ? So bukan lah kerja kita untuk tidak puas hati terhadap personaliti orang lain . Allah menciptakan kita dengan kekurangan dan kelebihan masing masing . 

Jadi kita as hamba Allah , patut bersyukur dengan apa yang kita ada . Tak payah tak puas hati dengan kelebihan and kekurangan orang . Sebab kita pon ada kelebihan and kekurangan yang mungkin kita ada dan orang lain tak ada . Kita semua unik dengan hasil-Nya . Kalau kita mengutuk peribadi orang bukan ke sama macam kita kutuk ciptaan Allah . Ye kadang kadang kita tak sedar kan yang kita ni kutuk kutuk ciptaan Allah . Sebab tu kita kena sentiasa mohon ampun dan maaf padaNya dan juga orang sekeliling kita . Bukan mintak maaf dekat orang yang kita rapat je , mintak maaf dekat orang yang tak pernah kita tegur pon boleh jugak . Itu bukannya satu masalah . 

Heeeee :) Okay dah malam , esok nak sekolah , nak kena bangun pagi . Assalamualaikum , amik wuduk sebelum tidur ye , supaya kalau kita mati dalam tidur , biar kita mati dalam iman :)

No comments:

Post a Comment