Doaku .

Bismillahirrahirrahmanirrahim ,

Ya Allah Ya Tuhan Ku yang Maha Mengasihi lagi Maha Mengetahui ,
Engkau ampunkanlah segala dosa dosa kedua ibu bapa ku Ya Allah,
Engkau limpahkan rezeki yang halal kedapa kedua ibu bapa ku,
Engkau panjangkanlah umur kedua ibu bapa ku Ya Allah,
Ya Allah yang Maha Penyayang,
Engkau tempatkanlah mereka di tempat orang yang beriman di akhirat kelak nanti,
Engkau berikanlah syafaat kepada mereka Ya Allah.

Ya Allah Engkau ampunkan segala dosa dosa guru guru yang telah mengajar aku selama ini Ya Allah,
Kau lapangkanlah dada mereka dan tenangkanlah hati mereka semasa mengajarku,
Kau berikanlah mereka ilmu yang halal dan sahih untuk terus memberikanku pengetahuan yang benar.

Ya Allah Engkau ampunkanlah dosa dosa sahabat sahabatku yang bersama sama berjuang pada tahun ini,
Kau tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, kuatkan ingatan mereka Ya Allah.
Ya Allah aku bermohon kepada Mu,
Berikanlah kami keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menilaian Rendah pada tahun ini,
Engkau kurniakanlah kami rezeki yang boleh memajukan masa depan kami Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Hanya pada Mu aku bermohon ,
Engkau ampunkanlah segala dosa dosaku sesungguhnya aku telah banyak melakukan dosa kepadamu,
Engkau panjangkanlah umur ku untuk hidup bersama dengan keluargaku,
Engkau limpahkan rezeki yang halal kepadaku Ya Allah,
Janganlah Engkau membolak balikkan hati ku untuk bertaubat kepada Mu.
Kau tenangkanlah hati dan jiwaku.
Jauhkanlah diriku daripada sebarang maksiat Ya Allah.
Ya Allah,
Engkau perkenankanlah doaku ini Ya Allah.

Amin Amin Ya Rabbal' Alamin.

No comments:

Post a Comment