I love you Ma and Ba.

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, hari ni 21 Oktober 2014 menunjukkan lagi 11 hari je nak SPM. Jadi di sini, aku ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semoga apa yang diberi dan apa yang diterima dihalalkan oleh semua pihak. Maafkan aku kalau ada bergurau kasar secara sengaja atau tak sengaja, sedar atau tak sedar, semoga dimaafkan. Wish me luck on SPM, inilah penentu masa depan aku, atau kata lain kunci untuk pintu mana yang akan aku buka. Sama ada bilik yang warna warni atau bilik yang gelap gelita. Semoga masa depan aku cerah dengan pelbagai kejayaan. In Sya Allah.

Untuk Mama and Baba. Acha akan cuba sedaya upaya untuk banggakan Mama and Baba. Misal kata, Acha tak berjaya, semoga Mama and Baba masih bangga dan terbuka hati untuk menerima segala keputusan Acha. Acha mintak halalkan segala makan dan minum, segala duit sekolah, duit jalan atau duit duit lain, halalkan ilmu yang Mama and Baba dah bagi. Untuk Baba, satu satunya ayah Acha dalam dunia ni, yang paling Acha sayang, Acha mintak restu dari Baba untuk segala-galanya. Maafkan salah dan silap Acha, kalau Acha ada terkasar bahasa, terguriskan hati Baba, tertinggi suara, mohon diampunkan. Berkat Baba, amat diperlukan untuk Acha berjaya. In Sya Allah... Untuk Mama, ibu yang susah payah, sakit perit, penat lelah melahirkan Acha, menjaga Acha dari Acha kecil sampailah Acha dah cecah umur 17 tahun, terima kasih untuk segalanya-galanya. Acha tau kadang kadang Acha malas buat kerja rumah, apatah lagi melayan tetamu, tapi Acha harap sangat sangat keredhaan dan restu Mama. Maafkan Acha Ma untuk segalanya-galanya. Mungkin Acha tak sedar Acha ada buat silap dengan Mama, jadi Acha memohon beribu-ribu kemaafan daripada Mama. Halalkan susu Mama untuk Acha. Satu yang Acha minta, tolong doakan Acha berjaya dan cemerlang dalam SPM, bukan saje SPM, tapi untuk sepanjang hayat Acha. Acha tahu Mama kecewa masa Acha PMR dua tahun lepas, sejujurnya, Acha sedih hari tu bukan sebab keputusan Acha yang tak berapa baik, tapi Acha sedih sebab tak berjaya buat Mama bangga dan senyum masa hari keputusan diumumkan. Sorry Ma. In Sya Allah dan semoga SPM ni Acha berjaya buat Mama happy dan menangis gembira masa keputusan diumumkan. 

I Love You Baba and Mama

No comments:

Post a Comment